Lyrics

Sebelum tibanya Syawal, datang nya Ramadhan
Seluruh umat islam akan berpuasa selama sebulan
Menahan lapar, dahaga, nafsu dan cubaan
Ini membuat satu nikmat dan satu keyakinan
Ada orang berpuasa, ada yang berpura-pura
Ada yang kurang ajar, ada orang sengaja
Tak dihirau kan di sekelilingnya
Orang sedang berpuasa
Sardine nya muka, hey dia buat bodoh sahaja
Bila di rumah seperti orang tak bersemangat
Konon badan letih, bibir kering, muka pucat
Bila azan berkumandang, duduk semeja
Makan sama-sama seperti orang yang berpuasa
Siapa yang tua, muda, adam ataupun hawa
Tak kira darjat, ataupun usianya
Berjalan di lorong itu, seperti dulu
Yang ku kunjungi seperti setahun yang lalu
Yah, berkeli-keli, berwarna-warni
Mata pejam kelip, seperti terpandang bidadari
Buka lampu isyarat atau bintang di langit tinggi
Lampu kelap kelip, mewarnai aidilfitri
Geylang, berseri-seri, barang dilelong-lelong
Hingga terpesong, nak terawih dah melencong
Tapi detik ini, dalam minda ini
Geylang bermandi seri buat terakhir kali
Hey baby
La la la la la la la la
La la la la la la la la
La la la la la la la la
La la la la la la la la
Hey baby
Riang ria di hari raya
Miskin kaya tua dan muda
Berpakaian segak bergaya
Menziarahi sanak saudara
Ketupat, rendang tersedia ada
Kuih muih beraneka warna
Gembira, ceria, suka dan duka
Di pagi raya
Walaupun sama, tapi tarikan jamuan-nya
Walaupun pun sama, asli dan warna nya
Kalau ketupat, rendang pupus di raya
Kuih muih menghilang, hilang lah ertinya
Ke rumah Timah, lauk lodeh serunding
Bak disiram kuah rendang sambal goreng
Ke rumah Bedah, kuih lapis dan kurma
Makmur jangan dilupa bantal peluk Saloma
Jika diketuk di rumah pintu anda
Boleh jadi saudara mara, atau saya dan Rama
Jika dijemput makan apa yang ada
Boleh jadi si adik kakak, atau Abang Kelana
Ayuh, aku tak sabar
Jom kita merebut kuih muih di atas meja
Hai sungguh indah, Syawal sangat sempurna
Baulu kau suka, itu kuih tart aku punya!
Hey baby
La la la la la la la la
La la la la la la la la
La la la la la la la la
La la la la la la la la
I just love this festive season
Love that cookie flakes with the raisins
I want to eat till the break a dawn
It's the noizy boys collaboration
Sorry for the delay, love the ladies sway
Got to put my contacts on
To see the sexiest baby in baju kurung, yeah look!
I can see them in the same colour marathon,
Got the whole family out, and a very huge payout
Pictures, smiling back and be hey!
Gimme the cash, yeah you know what is it!
I'm here for the one with the green packet
I just love this festive season
Love that cocoa chips with the raisins
I want to eat till the break a dawn
Hope this will just carry on
Riang ria di hari raya
Miskin kaya tua dan muda
Berpakaian segak bergaya
Menziarahi sanak saudara
Ketupat, rendang tersedia ada
Kuih muih beraneka warna
Gembira, ceria, suka dan duka
Di pagi raya
Beatboxx, TripleNoize
F2 and Mr Chan baby!
AQ, Tong, Shahrayah!
Selamat hari raya and Deepavali!
Written by: Abdul Mutalip Abdul Karim, Abdul Razak Atan, Shahfii Ali, Sri Raam, Zulkifli Abdul Rahman
instagramSharePathic_arrow_out